1. Nama Nenek Nabi MUHAMMAD SAW dari Bapak: Fatimah binti Umar Al-Makhzumiyah. 

2. Nama Nenek Nabi MUHAMMAD SAW dari Ibu: Burrah binti Abdul U’za’ bin Utsman bin Abduddar bin Qushay bin Kilab bin Murrah. 

3. Nama Bidan yang membantu melahirkan Nabi:Syaffa binti A’uf (Ummu Abdurahman).
4. Putra Putri Nabi:
1- Qasim
2- Abdullah (Al-Thayyib atau Al-Thahir)
3- Ibrahim
4- Zainab
5- Ruqayyah
6- Ummu Kalstum
7- Fatimah.
4. Cucu Cucu Nabi
1- Ali
2- Abdullah
3- Hasan
4- Husen
5- Muhsin
6- Umamah
7- Ummu Kalstum
8- Zainab.

WASSALAM 


1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-"recover" oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian dan kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat, sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendiakawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Wallahualam...

Dari Ibnu Umar r.a katanya, Rasulullah s.a.w memegang bahuku lalu baginda bersabda, “Hendaklah engkau berada dalam dunia seolah-olah engkau orang berdagang atau orang yang sedang melalui di jalan (pengembara).” Dan adalah Ibnu Umar r.a berkata, “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau”. (al-Bukhari) 

Apakah makna gagal dalam hidup? Umum mengatakan apabila seseorang itu menjadi sampah masyarakat, dia adalah gagal. Sesetengah orang awam mendefinisikan gagal dalam hidup itu bermula dari gagal dalam persekolahan, diikuti gagal mendapat pekerjaan, seterusnya gagal bercinta, berkahwin. Inilah bentuk2 gagal yang popular. Siapa2 yang dapat mengatasi takuk2 ini dianggap orang berjaya. 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Dunia penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir”. (Muslim) 

Apabila korang dikatakan orang gagal apakah sebenarnya yang korang rasa? Apakah korang tersenyum bahagia atau menangis di hati? Jika korang tersenyum, korang sukar mencari laluan lain untuk berjaya tetapi jika korang menderita di hati korang ada harapan untuk muncul sebagai orang yang berbeza kemudian hari. 

Seorang penjenayah yang terkurung di dalam penjara pun bukanlah orang yang gagal sebab dia masih ada peluang untuk memperbaiki diri. Di dalam penjara itu dia diajar tentang hidup, selalunya apabila bebas nanti, mereka lebih memahami erti hidup lalu menjadi orang yang berguna. 

Hal ini sangat berbeza dengan golongan penagih tegar. Mereka terkurung dalam penjara diri. Mereka tak dididik untuk mengenal makna hidup, mereka tenggelam dalam dunia khayalan ciptaan sendiri. Mereka merosakkan diri setiap detik, nyata mereka orang yang gagal. 

Setiap kegagalan sebenarnya menyimpan seribu nikmat atau hikmah yang kita tak tahu. Apa juga bentuk kegagalan adalah kebaikan yang tersembunyi. Positiflah untuk menganggap kegagalan hari ini adalah penyebab untuk kejayaan lebih besar di kemudian hari. 

Berasa cemburulah dengan kejayaan orang, kelak korang akan melihat laluan kedua terentang di hadapan korang. Berasa sakit hatilah dengan pencapaian orang, usah dengki hati. Ada bezanya antara sakit hati dengan dengki hati. Orang yang sakit hati hanya berasa sakit di hati, dari situ dia boleh membina azam dan dendam, untuk melangkah lebih pantas demi matlamat yang mahu dicapai, sebaliknya dengki hati adalah milik orang yang memang berhati busuk. Si dengki hati akan menyusun pelbagai agenda untuk menjatuhkan saingan, meskipun dia dalam bidang2 penuh kemuliaan. Sebahagian besar masanya digunakan untuk berfikir bagaimanakah dia boleh mencemar imej orang berkenaan semoga dengan itu dia akan dilihat lebih baik. 

Rasulullah s.a.w bersabda, “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu dia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (Al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain”. (Riwayat al-Bukhari) 

Nabi s.a.w bersabda, “Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)”. (Abdullah bin Mas’ud r.a) 

Allah itu Maha Adil. Apabila Dia memberikan ujian terhadap hamba2-Nya itu bukanlah zalim tapi itulah adil. Kita untung bab ini, kita rugi bab itu. Apakah korang sangka setiap orang beruntung itu untung sepanjang hayat? Apakah korang tahu setiap manusia tak terkecuali dari kerugian yang tak disangka-sangka? Takde manusia hidupnya untung sepanjang masa. Korang melihat orang yang beruntung itu sebagai beruntung tetapi apakah korang tahu masalah2 yang sedang dihadapinya? Jika korang nak tahu, berdampinganlah dengan mereka, korang akan tahu betapa lebih beruntungnya diri korang. 

Namun dunia mengukur kegagalan manusia apabila dia kandas dalam akademik, rugi apbila berniaga, gagal mendapat pekerjaan, bermasalah dalam perkahwinan. Semua bentuk kerugian adalah kegagalan. Takpelah, yang penting kita kena faham laluan kedua, ketiga dan seterusnya sentiasa menanti untuk orang tak nak gagal selama-lamanya. 

Berasa cemburulah dengan kejayaan orang, 
kelak korang akan melihat laluan kedua 
terentang di hadapan korang. 


Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh.

“Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,” katanya ketika memberi syarahan bertajuk “Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit” di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini.

Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.

Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.

“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,” katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu.

Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik.

“Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,” kata Dr.Fadzilah.

p/s: Tapi awas, cuma peluk isteri sendiri saja ye, jangan peluk isteri orang lain pula.


Seks adalah Multivitamin?

Bila korang enggan melakukan hubungan seks kerana sedang sakit kepala, maka segeralah mencari alasan lain yang lebih masuk akal. Perlu diketahui bahawa melakukan hubungan seks itu justru boleh menghilangkan sakit kepala.

Tidak percaya? Mari semak beberapa penjelasan ilmiah di bawah ini. Mari kita berbicara sedikit ilmiah bagaimana Seks boleh menghilangkan sakit kepala.

Sesaat setelah orgasme, otak akan memerintahkan tubuh untuk mengeluarkan hormon pembunuh rasa sakit. Hormon itu adalah hormon yang bekerja dan memiliki efek seperti morfin. Secara awam mungkin boleh diertikan bahawa semakin banyak orgasme, maka semakin banyak “ubat sakit kepala” yang dikeluarkan.

Hubungan seks juga boleh membuat anda lebih peka. Daya cium korang akan meningkat seiring frekuensi hubungan seks. Perlu diketahui bahawa saraf-saraf penciuman dalam hidung, akan dipacu bekerja ganda ketika korang sedang bergairah. Hal ini terjadi kerana aliran darah menuju ke hidung meningkat.

p/s: ada sebabnya Nabi SAW menggalakkan umatnya berkahwin … )




Sebagai seorang muslimah, korang mesti berharap agar dapat seorang suami yang menyenangkan hati, kan. Seorang yang dapat melindungi dan mengarahkan korang menuju redha Allah SWT. Betul tak? Berikut merupakan ciri2 calon suami yang dicadangkan dalam penjelasan berikut:

1. Seorang Jujur dan Terus Terang
Dari awal pembawaan ini harus dipastikan dahulu, apakah dia adalah seorang lelaki yang jujur atau sebaliknya. Dari mukanya dapat dinilai seorang jujur atau tidak. Dari cara dia berkata-kata juga dapat ditentukan apakah dia seorang yang jujur atau tidak. Sejak awal korang harus peka dengan sifat ini kerana kejujuran seorang lelaki adalah hal yang sangat jarang2 berlaku untuk masa kini. Apabila dia memang orang jujur, dia tak hanya akan mengutarakan kebaikan-kebaikannya selama ini, namun juga kelemahan dan keburukannya ketika akan melamar korang.

2. Menghormati Wanita
Di mata wanita, tentu wanita yang matang, bukan wanita muda, juga wanita yang telah bersedia untuk berkahwin, mendambakan seorang lelaki yang ideal dan sangat sederhana. Dia hanya perlu seorang lelaki yang mampu membuat wanita selesa, membahagiakan secara batin dan kata2. Memiliki sikap hormat, tak merendahkan, tak juga melecehkan meskipun dia lelaki cerdas dan lebih memiliki kemuliaan yang lain. Seorang lelaki yang benar2 tahu bagaimana memperlakukan seoang wanita. Menghormati secara profesional dan tak berlebihan. Dia memandang wanita bukan sebagai objek seks, namun menghormatinya dengan baik.

3. Seorang Lelaki Yang Tegas
Tegas bukan bererti keras kerana ketegasan tak perlu ditunjukkan dengan kekerasan. Wanita akan lebih 'tunduk' dengan lelaki yang tegas, mampu mengambil keputusan, percaya diri, sangat konsisten dengan keputusannya. Dia dipilih untuk menjadi suami yang mampu membuat keputusan bagi keluarga. Semasa dia menjadi seorang pemimpin rumah tangga dia tak dapat mengambil kira semua kepentingan. Dia harus memiliki keputusan sendiri dan harus komitmen dengan keputusan2 yang dia buat.

4. Lelaki Yang Tidak Malu Untuk Minta Maaf
Seorang lelaki memang dikenali sebagai  yang keras kepala dan tak nak minta maaf. Meskipun sudah jelas telah melakukan kesalahan, tak ramai lelaki yang dengan rela hati mengatakan "Abang minta maaf, abang bersalah...". Ego mereka sangat kuat sehingga menghalangi kerelaan meminta maaf. Bahkan pada keadaan tertentu, kadang kala meminta maaf akan dilakukan bila dah takde pilihan. Lelaki jenis ini akan membuat wanita bertahan dan mendambakan menjadi pendamping hidupnya. Sayangnya para lelaki muda dan bujang jarang memiliki sikap seperti ini. Lelaki jenis ini biasanya sudah berkeluarga sehingga susah atau bahkan tak mungkin untuk mendapatkan cintanya.

5. Cerdas, Menguasai Banyak Hal
Sifat ini akan mengundang kekaguman para wanita kerana wanita selalu sahaja mempunyai banyak persoalan yang nak diketahui. Setiap kali bertanya, dia selalu dapat menjawab. Jawapannya tak hanya beberapa perkataan sahaja, tapi dah cukup untuk membuat korang terpesona. Meskipun tak memiliki ketampanan luar biasa, lelaki jenis ini banyak peminatnya. Kepintarannya cukup membuatnya mampu menaklukki hati para wanita.
Namun bila ternyata tak pandai menguasai banyak hal, seorang lelaki juga cukup dikagumi apabila dia mahir dalam satu bidang tertentu. Kemahiran dan kecerdasannya pada bidang tertentu sangat dihargai oleh kaum wanita.

6. Mampu Beradaptasi
Kemampuan beradaptasi dengan orang baru, keluarga baru dalam lingkungan baru juga menjadi nilai tambahan karakter seorang calon suami yang baik. Saat ijab kabul ditunaikan, suami akan tinggal di rumah keluarga isterinya buat seketika. Bila dia tak dapat membawa diri, kemungkinan besar dia hanya duduk terdiam di satu sudut atau mungkin lebih memilih untuk menyendiri di bilik tanpa mahu keluar.
Seorang lelaki baik seharusnya memiliki kemampuan beradaptasi. Bijak membuka sebuah perbincangan dengan siapa pun. Sehingga perkataannya tak berlebihan tetapi selalu mudah difahami.

7. Berani
Inilah sikap yang paling disukai, iaitu keberanian. Keberanian ini lebih kepada sebuah sikap positif yang didorong oleh mental yang kuat. Apabila mendapat tekanan hidup, dia mampu untuk melawan dengan  kekuatan mental dan fizikal yang dia miliki. Dia berani untuk menjadi diri sendiri dan selalu membela kebenaran. Ketika dia memutuskan untuk melawan suatu kezaliman, dia sudah mempertimbangkan segala sesuatunya dengan matang. Bukan hanya sekadar bangkit tanpa perhitungan.

8. Berjiwa Besar
Lelaki yang berjiwa besar adalah seorang yang tak mudah menyimpan dendam dalam hatinya. Lapang dada dalam menerima kekurangan pasangannya, dan selalu memaafkan apabila memang dia dituntut untuk memaafkan seseorang. Dia sangat sedar bahawa setiap orang diciptakan tak sempurna, namun setiap makhluk memiliki kekurangan satu sama lain. Sehinggakan dia menyedari beberapa kekurangan pasangannya, dia tak menuntut lebih dan lebih memilih sikap menerima seadanya.

9. Kelak Bila Menjadi Suami
Apa yang dikemukakan di atas adalah ciri2 calon suami yang mungkin boleh dikenali dengan perkenalan. Namun bagaimana halnya kalau setelah berkahwin segalanya berubah? Korang dapat mengenali apakah suami korang nanti berubah atau tak, dengan cepat.
Suami bukan komander perang dan bukan juga bos, main perintah sesuka hati, caci maki selancar sampah di longkang. Bukan. Bukan macam tu. Suami adalah seorang teman hidup untuk suami. Dia adalah seorang yang dirindui dan dikagumi. Selalu ditunggu dan dialu-alukan. Sehingga pada dasarnya dia adalah seorang yang keras dan tegas, namun ketika berinteraksi dengan orang lain, lebih2 lagi dengan isteri dan anak-anaknya, dia harus bersikap lembut agar mereka tak jauh dan berpaling. Sikap lemah lembut ini merupakan rahmat dari Allah SWT sebagaimana kalam-Nya ketika memuji Rasul-Nya yang mulia.


-Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri



Suatu hari Rasul sedang duduk bersama para sahabat ketika mereka mendengar suara gemuruh, lalu Nabi bertanya, "Apakah kalian tahu apa itu?". Mereka menjawap, "Tidak wahai Rasulullah." Baginda berkata, "Itu batu yang jatuh ke dasar neraka. Ia telah jatuh sejak tujuh puluh tahun, dan sekarang baru sampai dasarnya." (HR Muslim dan Imam Ahmad)

Bagaimana rasanya jatuh selama tujuh puluh tahun? Seumur hidupnya. Ia jatuh, dan sebelum ia sampai ke dasar neraka, ia melayang jatuh selama ia hidup. 

Fikir-fikirkan.

Malaysia mengalahkan Indonesia
1 vs 0

chayok chayok Malaysia!! :D

Sedih kan bila tak di hargai ?


Hehehe..
Pleaseeee jangan gelakk..
tahuuu..
Memang tak sedap punn..
tapi , ini blog aku .. suka lah aku nak buat apa pun kann...
:D

This Song For You Sayang! 
I love you sooo muchh!! 
:D
( NUR IFFAH BINTI MOHD RASID )

p/s : rakam guna fon murah camni lahh.. haihhh.. :D soryyy :P



yeahhhh..
AKHIRNYAAAA..
:D
klik sini untuk dengar sound effect di atas


haha.. Gurau jee..
sendiri buat lah kalau nak dengar..
okay2 , meh2 aku nak cite..
tadi dengan tidak semena-menanya..
aku dijemput ke majlis jamuan Media Kreatif
umm.. boleh tahan jugak jamuan dorang..
grand gila bhaaaiii.. :D
makanan pun boleh tahan,,
nak tahu kitorang makan apa?
Ala-ala Steamboat lah kodd..
tapi kitorang tak makan dalam boat...
makan dalam hotel
Hotel UITM seksyen 2..

Ummm..
korang nak tengok gambar.. nanti kalau ada masa aku upload kan ea..
then, lepas jamuan tuu.. kitorang lepak McD seksyen 3
tengok langit ime tu macam nak hujan.. then dorang2 semua balik lahh.. takud basahh..
tinggallah aku ngan Iffah n Idah..
Idah dia balik ngan laki dia..
tinggal lah iffah ngan aku... lepas tu mak Iffah amik dia..
tinggal lah aku sorang..
aku pun cari teksi bagai nak gila..
stu pun takde..
memang adat ahhh kan... kalau nak takde.. kalau taknak bersepah..
aku pun decide jalan sikit-sikit..
jalan sikit punya jalan sikit..
tau tau dah sampai 18.. aku pun , eh eh.. eh eh ..dah sampaii.. :D

okay.. tu je dulu aku nak cite...
nak pergi tengok orang main bola..
orang selalu kata nak pergi tengok bola..
tengok bola apa ada faedah .. 
haha.. :D

MALAYSIA VS INDONESIA

  
 bye2.. Assalammualaikum..

p/s : I love you sangat Nur Iffah !!! <3


Umm..
meh sini nak cerita sikit..
lagu sedikit sebanyak ada cerita pasal aku ngan my beloved person

NUR IFFAH BINTI MOHD RASID

heee..
okay , tu jeee...
eh , betul apa .. tadi aku cakap nak cerita sikit jee..
so , aku cerita sikit je lah..
hahah.. 
jangan mareeee... :P
Assalammualaikum 


haa.. ni lah bakat baru kita...
sumpahh.. aku salutttt gila korang..
memang style habis! :D
by the way..
korang memang bakar akuuu..
perghhh..
sepatutnya I YANG BUAT DULU (tone tidak tenang)
haha..
tapi takpe..
teruskan usaha..
aku punya movie akan release tahun depan..
hahah :D

tunggu yeee... :D

GRAPHOSIC PRODUCTION 
:D

haaaaaaaa..
kejap kejap kejap .
Blog ni dah lama tak bukak ni . kang ada yang sesak nafas pulak.
haha :D
okay2 , dah boleh masuk dah.. 

okay , first sekali .
disebabkan dah lama tak update blog ni..
aku rasa nak tulis pasal Hari Graduasi aku lah..
Pada tanggal tak ingat bulan 10 tahun 2011.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 18 HEBAT
telah mengadakan hari graduasi..
saya sebagai pelajar dan juga calon SPM 2011
turut serta dalam majlis ini... 
wahhh... contoh karangan A+ woooo! :D
so , adalah sedikit gambar untuk korang tengok.. nah2.. :D




ni je pun yang ada dekat aku.. 
haha , ehhh .. ewah ewah ewah..
buat muka nampak.. :P

ni ada satu lagi gambar yang paling aku suka..



Sayang , Mak , and me <3

for you sayang.. i love you very strong so muchhh!!
i hope our relationship will be blessed by ALLAH ..
amin ya rabbal al amin..
 :')

Saat ku merindukan dirimu Jiwa meronta kau ku damba Oh gerhanalah seluruh pancaindera Ku hilang dalam memori cinta Membakar seluruh jiwa raga Hanya kau untukku Kau tiada dua Bagaikan siang tiada mentari Bagai malam tiada cahaya purnama Tanpamu tiada erti hidup berdua Ke akhir masa kau ku cinta Bagaikan syurga tanpa bidadari Kau ibarat hembusan nafas terakhir Pulanglah sayang usah kau berpaling Di sini ku pasrah menanti Dikau bak salju ditiup bayu Kan rebah di pangkuan bumi Ku yakini kasih Restu Illahi Ku doa kau hadir Permaisuri mahligaiku Hidup mati cinta kita bersama

Khairulnazmi bin Mazlan

Khairulnazmi bin Mazlan

Ini Pasal Saya . Terima Kasih :'D

Nama saya Khairulnazmi bin Mazlan. Kalau eja tu jangan suka-suka nak letak jarak kat situ.. haha .. umur tahun ni 17 tahun . baru lepas habis SPM. Alhamdulillah . Kalau nak tahu , saya ada seseorang yang saya sayanggg sangat.. Nama dia Nur Iffah Binti Mohd Rasid.. um.. 20/3/2012 ni insyaAllah.. Kitorang dah Setahun kenal.. last from me.. kalau mana2 yang tak suka pasal blog ni , bagi tahu lah ea .. terima kasih.. Assalammualaikum :')